TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK
Maryam Ayat 39: 19:39

Transliteration BISSMILLAHIRAHMANIRAHIM.,Waanthirhum yawma alhasrati ithqudiya al-amru wahum fee ghaflatin wahum layu/minoon
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan; Hari Penyesalan itu adalah hari Mahsyar yang akan penuh dengan penyesalan pada hari itu. Segala keputusan akan dibuat pada hari itu. Iaitu keputusan balasan amalan manusia dan jin di dunia. Samada akan mendapat balasan baik atau balasan buruk. Ianya hari yang amat ditakuti.
Ayat ini dalam bentuk perintah. Perintahnya adalah: memberi amaran kepada manusia. Maka, kalau dah arahan, maka kita kena ikut. Maka kita pun kenalah berdakwah kepada manusia. Itu adalah perintah Allah. Yang pertama diberi perintah itu adalah Nabi. Dan sekarang kita yang membaca ayat ini pula yang diarahkan oleh Allah untuk memberi peringatan. Kita selalu cerita tentang masalah masyarakat, mereka begitu, begini. Kita komplen mereka tidak beradab, mereka sudah tinggalkan agama, mereka sudah tidak baca Quran, tidak solat dan sebagainya. Tapi apa yang kita buat? Adakah kita dakwah kepada mereka? Atau adakah kita pandai komplen sahaja? Kita hendaklah memberi peringatan kepada orang lain tentang bahaya yang mereka akan terima kalau mereka tidak memperbaiki hidup mereka kalau mereka telah tersasar dari landasan agama. Ianya seperti kita nampak seseorang yang sedang berjalan dan akan masuk gaung. Dia sendiri tidak sedar bahawa dia sedang menuju gaung. Maka, tentulah kita tegur dan beri amaran kepada dia kerana kita tak mahu dia masuk gaung. Kerana ianya memang sesuatu yang pasti terjadi. Dan kita beri teguran itu kerana kita sayang kepada orang itu. Maka, bukanlah maksud beri peringatan itu hanya untuk menakutkan-nakutkan dia sahaja dengan neraka dan azab. Kita bukan nak merendahkan orang lain dengan dakwah kita. Bukan kita nak kata kita pandai. Bukan kita nak kata kita telah pasti akan masuk syurga. Tapi kita hendak sama-sama memberi peringatan. Kita juga tidak boleh paksa orang beriman. Kita boleh beri amaran sahaja. Perkataan الْحَسْرَةِ bererti penyesalan yang teruk sangat sampai rasa lagi elok kalau kita tak pernah wujud. Waktu itu ramai yang akan berharap semoga mereka tidak dijadikan sebagai manusia, tapi sebagai tanah sahaja. Kita ingatkan manusia supaya mereka ingat tentang hari penyesalan ini. Supaya mereka tak menyesal nanti. Orang yang berdosa akan rasa menyesal atas perbuatan mereka. Menyesal sesangat.
Dalam riwayat, mereka sampai gigit dan mamah lengan mereka. Bukan gigit jari atau tangan sahaja, tapi dengan lengan sekali. Bukan gigit sahaja, tapi dah mamah dah! Ma sha Allah! Bayangkan, kalau kita terseksa di dunia, kita boleh mengharap ianya akan berakhir. Paling kurang, ianya akan berakhir apabila kita mati. Tapi, kalau di akhirat nanti, tidak ada kematian dah. Apa yang kita terima itu tidak ada penghujungnya. Tidak dapat dibayangkan penyesalan yang akan kita tanggung. Orang yang beriman pun akan menyesal juga. Bagaimana pula orang beriman boleh menyesal juga? Mereka akan menyesal kerana mereka tidak melakukan lebih banyak ibadat. Mereka akan fikir: kenapakah aku dulu masa di dunia tak buat ibadat sepanjang waktu, setiap saat? Kerana mereka tahu mereka akan dapat lebih banyak kebaikan. Tingkatan syurga mereka akan lebih tinggi lagi. Tidak dapat dibayangkan apakah nikmat yang akan mereka dapati. Dari hadis, kita dapat tahu bahawa manusia terakhir yang masuk syurga akan diberikan sepuluh kali ganda kerajaan kalau dibandingkan dengan dunia ini. Itulah manusia yang masuk neraka dahulu, kemudian selepas sekian lama di neraka, akan dimasukkan ke dalam syurga kerana dia tidak buat syirik. Serendah-rendah martabat dia pun akan dapat sepuluh kali ganda dari kerajaan dunia. Maka bayangkan kalau manusia yang lebih baik dari beliau. Lagi banyak amal, lagi tinggi tingkatan mereka akan dapat. Sebab itulah hari itu dinamakan يَوْمَ الْحَسْرَةِ Hari Penyesalan. Penyesalan yang tidak terhingga. Yang celaka akan menyesal dan yang beruntung pun akan menyesal juga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan