Ahad, 21 Oktober 2018

AYAT 18

TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK'
SURAH QALAM AYAT 18
BISM,ILLAHIRAHMANIRAHIM'

18. walaa yastatsnuuna

وَلَا يَسْتَثْنُونَ (18)

dan mereka tidak mengucapkan, "Insya Allah, " (Al-Qalam: 18)

Yakni dalam sumpah mereka tidak disebutkan kata pengecualian yang dikembalikan kepada kehendak Allah, yaitu kalimat 'Insya Allah. 'Karena itulah maka Allah tidak memperkenankan sumpah mereka; untuk itu Allah Swt. berfirman dalam ayat berikutnya: (Dan mereka tidak mengecualikan) di dalam sumpah mereka itu kepada kehendak Allah swt.

 Ayat ini merupakan jumlah isti'naf atau kalimat permulaan; yakni, kelakuan mereka seperti itu; mereka tidak pernah menggantungkan sumpahnya itu kepada kehendak Allah swt. (Tafsir Al-Jalalain, Al-Qalam 68:18) Golongan miskin ialah sekurang-kurangnya dapat menjamin keperluan hidup dan keluarga mereka. Hal ini menjadi kewajipan kepada pemerintah, kerajaan dan orang kaya untuk mencukupkan dan menjamin keperluan mereka seperti pendapat Imam Haramain al-Juwaini. Menurut al-Qurtubi,

para ulama bahasa dan feqah telah berselisih pendapat tentang perbezaan antara fakir dan miskin kepada sembilan pendapat, iaitu: Ya’kub bin al-Sikkit, al-Qutabi dan Yunus bin Habib menyatakan bahawa fakir lebih baik keadaannya daripada miskin. Ini juga pendapat sebahagian ahli bahasa dan ahli hadith, antaranya Abu Hanifah dan Qadhi Abdul Wahab. Sebahagian ulama pula menyatakan sebaliknya, iaitu miskin lebih baik keadaannya dari fakir. Ini merupakan pendapat al-Asmu’ie, ulama Kufah dan salah satu pendapat Syafie dan sahabat-sahabatnya. Syafie pada satu lagi pendapatnya menyatakan bahawa fakir dan miskin adalah sama, iaitu tiada beza antara keduanya dan dari segi makna walaupun berbeza dari segi nama. Ini juga pendapat al-Qasimi, Abu Yusuf dan semua sahabat Malik. Malik pula menyatakan bahawa fakir adalah orang yang berhajat dan tidak meminta-minta, sedangkan miskin adalah orang yang meminta-minta. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Ibn Abbas, al-Zuhri dan dipilih oleh Ibn Sya’ban. Muhammad bin Musallamah berpendapat bahawa fakir ialah orang yang mempunyai tempat tinggal dan khadam, manakala miskin pula ialah orang yang tidak mempunyai harta.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa orang fakir ialah golongan muhajirin dan miskin pula ialah orang badwi yang tidak berhijrah. Pendapat ini juga turut dikongsi oleh al-Dahhak. Ubaidillah bin al-Hasan berpendapat bahawa miskin ialah orang yang khusyuk dan tenang walaupun tidak meminta-minta. Manakala fakir pula ialah orang yang boleh menanggung kesusahan, menerima sesuatu dalam keadaan tersembunyi dan tidak khusyuk. Mujahid, Ikrimah dan Zuhri pula menyatakan bahawa miskin ialah orang yang mengelilingi dan mencari sesuatu. Fakir pula ialah orang-orang fakir dalam kalangan umat Islam. Ikrimah pula berpendapat bahawa fakir ialah fuqara’ dalam kalangan orang Islam, manakala miskin ialah fuqara’ dalam kalangan ahli kitab.

JILIK KE 2 TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK AKAN BERPINDAH PADA EKAUN G.MAIL YANG BAHARU,.,.INSYAALLAH PADA TAHUN 2019,.,.,AMIIIN

JILIK KE 2 TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK AKAN BERPINDAH PADA EKAUN G.MAIL YANG BAHARU,.,.INSYAALLAH PADA TAHUN 2019,.,.,AMIIIN