Ahad, 11 November 2018

AYAT 1-3

TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK
// SURAH MUHAMAD AYAT 1-3
 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.,., Muhammad – محمد 1. alladziina kafaruu washadduu ‘an sabiili allaahi adhalla a’maalahum 2. waalladziina aamanuu wa’amiluu alshshaalihaati waaamanuu bimaa nuzzila ‘alaa muhammadin wahuwa alhaqqu min rabbihim kaffara ‘anhum sayyi-aatihim wa-ashlaha baalahum 3. dzaalika bi-anna alladziina kafaruu ittaba’uu albaathila wa-anna alladziina aamanuu ittaba’uu alhaqqa min rabbihim kadzaalika yadhribu allaahu lilnnaasi amtsaalahum
“1. orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka.
2. dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan Itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki Keadaan mereka.
3. yang demikian adalah karena Sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan Sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka.”

         (Muhammad ayat 1-3) Surah ini diturunkan sebelum Perang Badr berlaku. Selain dari Surah Muhammad ini, Surah Baqarah pun begitu juga. Ianya adalah persediaan kepada Perang yang akan berlaku di Badr. Oleh itu, Surah Muhammad ini adalah sambungan dari apa yang telah ada dalam Surah Baqarah. Allah jadikan perbicaraan tentang perang di dalam surah yang lain. Dan stail surah ini pun lain dari surah-surah yang lain; kita boleh lihat bagaimana ia dimulai dengan isim mausul. Surah ini turun selepas surah-surah Hamim Tujuh yang menyentuh tentang tauhid – maka sepatutnya mereka yang membaca surah ini, tauhid mereka sudah kemas. Maka seterusnya adalah diarahkan untuk perang untuk menegakkan tauhid. Dan inilah arahan kepada Nabi Muhammad. Maka kita sebagai umat baginda pun kenalah ikut apa yang telah dilakukan oleh baginda. Kita kena ingat yang Allah yang arahkan peperangan untuk menegakkan tauhid itu.

         Nabi Muhammad telah diarah untuk memerangi seluruh manusia sehingga mereka terima apa yang telah diajar dalam Surah-surah Hamim Tujuh dan Surah Zumar. Oleh kerana surah ini ada elemen perang maka ia juga dinamakan Surah Qital (Surah Perang). Sebelum memulakan perang menegakkan tauhid itu, kita kena pastikan mukmin yang terlibat dalam jihad itu benar-benar putih dan yang dilawan itu hitam sungguh-sungguh. Kerana kita tidak mahu berada di pihak yang salah dan kita tidak mahu menyerang pihak yang tidak bersalah. Maka surah ini ajar bandingan antara musuh. Oleh sebab perbezaan itu penting, maka kerana itu arahan qital tidak diberikan di awal Islam. Kerana Allah nak pastikan iman para mujahid itu telah mantap. Mungkin kita rasa agak berat untuk menyerang musuh Islam. Oleh itu kita kena sedar yang Allah izinkan qital kerana pihak Muslim telah dizalimi. Sebelum ini, Allah tidak izinkan berperang walaupun sahabat dah minta izin untuk serang balas kepada musuh yang telah menyerang, menindas dan menyakiti mereka. Kita juga kena sedar yang manusia memang berperang pun dari dulu lagi, jadi kalau peperangan terjadi, itu adalah perkara biasa sahaja. Tapi Allah tidak benarkan lagi peperangan di awal Islam kerana itu adalah qital ala kafir (perang cara kufur). Maka Allah tangguhkan keizinan berperang sampailah Allah izinkan dan keizinan ini terdapat dalam surah al-Hajj. Allah izinkan berperang selepas lebih 70 ayat larang perang. Allah tidak benarkan umat Islam berperang lagi waktu awal kerana bimbang umat Islam berperang kerana sebab yang salah. Kalau mati ketika perang kerana salah sebab, maka akan masuk neraka. Maka memang bahaya sungguh. Jadi kena pastikan iman dan tauhid sudah mantap dan benar, barulah dibenarkan berperang. Jihad dalam Islam berbeza dengan perang biasa yang sudah dilakukan oleh manusia dari dulu lagi. Kita disuruh berperang untuk sampaikan ayat-ayat Allah. Kerana tugas kita kena sampaikan wahyu Qur’an kepada orang bukan Islam. Dan penyampaian wahyu itu sebenarnya sudah bermula dari period Mekah lagi apabila umat Islam disuruh tabligh kepada manusia. Ibnu ‘Abbas berkata: “Yakni urusan mereka.” Mujahid berkata: “Yaitu kebutuhan mereka.” Sedangkat Qatadah dan Ibnu Zaid mengemukakan: “Keadaan mereka.” Semua pendapat itu saling berdekatan. Dan [terdapat] dalam sebuah hadits tentang doa orang yang bersin bagi orang yang mendoakannya: yaHdiikumullaaHu wa yushlihu baalakum (semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).

        Ayat 1-11 dari surat Muhammad ini menjelaskan tiga hal : Karakter yang amat kontras antara kaum kafir dan kaum mukmin. Kaum kafir itu selalu menghalangi manusia dari jalan Allah. Allah menghapus semua amal kebaikan mereka. Adapun kaum mukmin yang beramal saleh, meyakini Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. sebagai petunjuk hidup yang hak (benar) maka Allah akan hapus segala kesalahan mereka dan memperpaiki nasib mereka. Perbedaan yang kontras tersebut disebabkan kaum kafir itu mengikuti jalan hidup yang batil, sedangkan kaum mukmin mengikuti jalan hidup yang hak (Islam) yang datang dari Allah; Tuhan Pencipta manusia. Berperang di jalan Allah (Jihad Fisabilillah) adalah ajaran Islam. Dalam peperangan, Allah membolehkan membunuh kaum kafir dan menawan mereka. Terkait tawanan, boleh dibebaskan atau dengan mengambil tebusan dari mereka. Allah syari’atkan berperang itu untuk menguji iman kaum mukmin. Orang yang mati dalam Jihad Fisabilillah, Allah membalas semua amalnya, memberinya petunjuk, memperbaiki nasibnya dan memasukkannya ke dalam surga. Jihad hanya bertujuan untuk menegakkan Islam. Sebab itu Allah menjadikannya syarat meraih pertolongan-Nya. Orang-orang kafir itu pasti celaka dan Allah menghapus semua amal kebaikan mereka karena mereka membenci Al-Qur’an. Allah menyuruh kita mempelajari nasib tragis umat-umat terdahulu, karena semua kaum kafir bernasib sama. Allah hanya Penolong bagi kaum mukmin, sedangkan kaum kafir itu tidak ada penolong bagi mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JILIK KE 2 TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK AKAN BERPINDAH PADA EKAUN G.MAIL YANG BAHARU,.,.INSYAALLAH PADA TAHUN 2019,.,.,AMIIIN

JILIK KE 2 TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK AKAN BERPINDAH PADA EKAUN G.MAIL YANG BAHARU,.,.INSYAALLAH PADA TAHUN 2019,.,.,AMIIIN