TAFSIR QURAN DAN HADIS TABARUK
SURAH AL-JIN.,1-2.,.,
Surah Al-Jinn (Bahasa Arab: سورة الجن)
ialah surah ke-72 dalam al-Quran.
Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat.
Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut. BismillaaHir rahmaanir rahiim (“Dengan menyebut Nama Allah Yang Mahapemurah lagi Mahapenyayang”) “1. Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya Kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan,
2. قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1) يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2)
qul uuhiya ilayya annahu istama’a nafarun mina aljinni faqaaluu innaa sami’naa qur-aanan ‘ajabaan 2. yahdii ilaa alrrusydi faaamannaa bihi walan nusyrika birabbinaa ahadaan
Dari Ibnu Mas’ud. Hadits tersebut memiliki sanadnya sohih dan diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Baihaqi. Khabar dari Rasulullah ini pun kemudian menjadi penjelasan kepada muslimin mengenai eksistensi dan kehidupan jin.Sewaktu nabi Muhammad saw dan para sahabat sedang bermusafir , dan bersolat subuh di satu lembah, satu kumpulan sebanyak 9 ekor jin telah mendengar baginda nabi saw membaca Al Quran iaitu sewaktu baginda sedang bersolat subuh.Hanya setelah nabi saw dan para sahabat tiba ke Mekah, barulah wahyu surah al Jin diturunkan. Walhal nabi saw dan rombongan sahabat tidak pun mengetahui bahawa jin telah datang untuk mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh baginda saw ketika musafir tersebut.Jelas bahawa ini membuktikan bahawa nabi saw sendiri tidak mengetahui berkenaan hal Jin melainkan setelah Allah memberitahukan kepada baginda saw. Jika nabi sendiri tidak tahu para sahabat lebih lagi tidak mengetahuinya.
Oleh itu bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa bahawa mereka boleh scan Jin kononnya Jin ada di kaki, di kepala dan di belakang? Ini semua jelas karut belaka. Jawapannya ialah barang siapa yang kufur pada Allah dengan melakukan amalan-amalan syirik nescaya akan diberikan kuasa sedemikian disebabkan mereka telah menjadi sahabat kepada Jin tersebut. Sedangkan di waktu yang sama mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka itu telah pun kufur terhadap Allah Azza wa Jalla disebabkan perbuatan mereka tersebut.Golongan Jin tidak akan dapat merasuk manusia melainkan jika manusia sendiri yang menjemput mereka itu masuk ke dalam tubuh manusia. Tatkala manusia jadi kufur, maka Jin pun akan mempunyai kuasa ke atas manusia. Dalam surah Al-Jin ini menjelaskan, bahawa Allah mengabarkan kepada Rasul saw. ada segolongan jin yang mendengarkan ayat ayat Al-Qur’an dari yang di baca Rasul saw sedang beliau bermunajat di pergunungan gua hiraq.,., sedangkan Beliau tidak mengetahuinya bahawa ada sekumpulan rombongan jin diantara mereka ada lelaki ada wanita dan laki bini . Gologan Jin mengakui keajaiban Al-Qur’an dan kebesaran ayat al-quran karim, karena Al-Qur’an itu memberikan petunjuk kepada agama Tauhid sebagai mana nabi adam hingga ibrahim lalu musa dan isa,.., tauhid yang menyatakan bahawa bumi ini ada pencipta nya yakni allah dzat yang maha dzat keatas penduduk di bawah pemerintah nya,.., dzat yang maha kaya itu tiada bertempat sebagai mana mahluk dan tiada berhajat pada mahluk sdebagai mana aqidah nabi isa dan musa ,. sedang musa berhajat akan tuhan nya akan tetapi tuhan nya tiada berhajat keatas mana mana mahluki ciptaanya., . Allah itu tidak pantas disekutukan, atau di terjemahkan dengan tuhan duduk beristiwak di langgit di atas kursyi nya., karena Dia Mahatinggi lagi Mahabesar dan Mahasuci dari tuduhan jin dan manusia bodoh dan pendusta itu. Manusia akan sesat bila meminta perlindungan dari jin. Jin kafir dan manusia kafir mengira tidak ada hari kebangkitan.
Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:
وَإِذْ صَرَفْنا إِلَيْكَ نَفَراً مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur’an. (Al-Ahqaf: 29) Telah kami sebutkan dalam beberapa hadis-hadis soheh yang berkaitan dengan ayat ini dalam tafsir surat Al-Ahqaf, sehingga tidak perlu diulangi lagi di sini. Dalam Kitab Asbaab Nuzul diceritakan bahwa Rasulullah saw. tidak pernah membacakan al-Qur’an kepada jin, dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah saw. bersama rombongan sahabatnya menuju Pasar ‘Ukazh, setibanya di Tuhamah, beliau dan rombongan berhenti untuk Solat Fajar (Subuh).Hal ini menyebabkan berita-berita di langit yang biasa dicuri syaitan-syaitan terhalang. Bahkan syaitan-syaitan itu menerima balasan lemparan bintang-bintang, sehingga terpaksa pulang kepada kaumnya. Setibanya di tempat kaumnya, syaitan-syaitan itu ditanya: ” Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?” Mereka menjawab: “Kami terhalang untuk mendapat berita langit, bahkan kami dikejar bintang-bintang.” Kaumnya berkata: “Tak mungkin terhalang antara kita dan berita langit. Tentu ada penyebabnya. Menyebarlah kalian ke timur dan ke barat, dan carilah sebab penghalangnya.” Mereka pun menyebar ke barat dan ke timur mencari sebab penghalang tersebut, sehingga sampailah sebahagianya ke Tuhamah, tempat Rasulullah saw berhenti untuk melaksanakan solat Subuh. Mereka mendengar bacaan Rasulullah saw serta memerhatikannya, kemudian berkata: “Demi Allah, inilah yang menghalangi kita dari mendengar berita dari langit.” Mereka pun pulang ke kaumnya dan menyampaikan kejadian itu. Mereka mengagumi al-Qur’an yang membawa mereka ke jalan petunjuk Allah, sehingga mereka pun beriman. Maka turunlah ayat 1 surah al-Jinn ini sebagai pemberitahuan kepada Nabi saw. agar kejadian tersebut diberitahukan pula kepada ummatnya. Sebagai mana penjelasan ayat ayat quran karim 1hingga 2 yang mana berkisar tentang pertemuan yang mana rasulullah saw dan al-jin seramai 9ekor di dalam perjalan waktu solat subuh atau dan suatu masa lagi di kata kan dalam gua hiraq.,,. dan jin suka akan mendengar atau membaca ayat ayat allah saw., barang siapa yang membaca atau memperdengarkan ayat ayat quran bagi bertujuan memohon perlindugan dari jin atau bantuan dari jin maka tempat nya adalam dalam neraka bersama sama jin .,,. sebagai mana penjelasan bahawa 9ekor jin telah terpegun dengan ayat quran karim yang di baca baginda 9ekor jin merasakan ayat ayat ini ;lah yang di denggar ketika mana 9ekor jin sedang mengintai rahsia di langgit .,.. dengan keajaiban ayat quran ini maka 9ekor jin pun beriman dan masuk islam bersama sama rasulullah saw.,,. Maka Jin pun menyatakan keimanannya terhadap Al Quran dan berjanji tidak akan mensyirikkan Allah selepas daripada itu. Peristiwa ini membuktikan bahawa nabi saw dan para sahabat tidak mengetahui akan kehadiran Jin-jin tersebut mendengar bacaan baginda saw. Baginda hanya mengetahuinya setelah baginda tiba di mekah iaitu ketika wahyu turun menceritakan kepada baginda saw. Adalah tidak benar dan dusta apabila seseorang mengaku bahawa dia mampu skan Jin atau mengetahui samada Jin masih ada atau telah tiada dalam tubuh seorang yang dirasuk. Hanya dengan membacakan jampi mentera kepada orang tersebut mereka kata mereka tahu saat Jin tersebut keluar. Adakah mereka lebih alim dari nabi saw? Hakikatnya ini adalah Jahiliyah serta kekufuran terhadap Allah Azza wa Jalla.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan